Jump to content

Wn/ms/Indonesia sekat laman carian DuckDuckGo sebab kandungan lucah dan judi haram

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Indonesia sekat laman carian DuckDuckGo sebab kandungan lucah dan judi haram

5 Ogos 2024 (Isnin)

JAKARTA - Kerajaan Indonesia mengesahkan mereka telah menghalang akses ke laman carian DuckDuckGo, sebagai respon kepada aduan yang diterima berkaitan kandungan pornografi dan perjudian atas talian yang dipaparkan dalam hasil carian.

Laman DuckDuckGo antara laman carian di rangkaian Tor.

Menurut jurucakap Kementerian Komunikasi dan Informasi Indonesia (Kominfo), mereka menerima banyak aduan dari rakyat kerana terlalu banyak kandungan yang mempromosikan kegiatan lucah dan pornografi serta perjudian haram atas talian. Namun begitu, kerajaan tidak memberikan butiran lanjut mengenai perbezaan di antara laman itu dengan Google, yang menawarkan perkhidmatan carian yang sama.

Untuk rekod, kerajaan Indonesia telah menghalang akses hampir 600,000 laman perjudian haram atas talian serta telah mengenakan dakwaan ke atas lebih 5,000 pemilik akaun bank yang dikenalpasti mempunyai kaitan dengannya. Selain itu, kerajaan juga telah menghalang akses ke beberapa laman popular seperti laman sosial Reddit dan laman simpanan video Vimeo.

Sementara itu, pengendali DuckDuckGo mengesahkan kepada media BleepingComputer mengenai tindakan itu. "Kami boleh sahkan DuckDuckGo telah disekat di Indonesia kerana dasar tapisan mereka," kata mereka kepada BleepingComputer. "Malangnya, tiada jalan buat masa ini untuk membatalkan larangan itu, sama seperti tindakan sekatan di China yang berlanjutan hampir sedekad."

Kerajaan Indonesia juga bercadang untuk mengenakan sekatan ke atas perkhidmatan VPN percuma kerana terdapat risiko berkaitan kebocoran data maklumat peribadi dan serangan malware.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog