Jump to content

Wn/ms/Indonesia sedia tawarkan peluang pendidikan kepada penduduk Gaza

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Indonesia sedia tawarkan peluang pendidikan kepada penduduk Gaza

10 Jun 2024 (Isnin)

Menteri Pertahanan dan bakal Presiden Indonesia yang baharu, Prabowo Subianto berkata dia mengalu-alukan cadangan dari bekas Gabenor Jawa Barat, Khofifah Indar Parawansa untuk menghantar seramai 1,000 pelarian Gaza ke persekolahan agama atau pesantren bagi melanjutkan pelajaran mereka serta mendapatkan akses kesihatan yang baik.

Prabowo Subianto (2023)
Imej: U.S. Secretary of Defense.

Prabowo juga menambah, beberapa pihak dari Jawa Timur juga telah menyatakan kesediaan mereka untuk menerima pelarian-pelarian dari Gaza itu dan menghantar mereka melanjutkan pelajaran ke pesantren. "Saya akan bercakap mengenai perkara ini dengan Presiden (Jokowi)," katanya memetik laporan dari agensi berita Antara.

Walaupun begitu, masih tidak diketahui tentang cara pelaksanaan mengenai penerimaan pelarian dari Gaza, namun Prabowo berkata dia akan menyelaras mengenai perkara itu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pemimpin negara lain yang berkaitan.

Untuk rekod, terdapat lebih dari 39,000 sekolah beragama yang lengkap dengan kemudahan asrama di Indonesia, menurut data tahun 2023 dari Kementerian Hal Ehwal Agama. Pada November tahun lepas, Prabowo mengalu-alukan seramai 22 pelajar dari Gaza yang menerima biasiswa pelajaran di Universiti Pertahanan di Jakarta.

Menurut Menteri Luar, Retno Marsudi, proses pemindahan keluar pelarian Palestin dijangka mengambil masa yang agak lama, dan mungkin hanya dapat direalisasikan semasa pemerintahan baru di bawah Presiden Prabowo. "Kerana soalan pertama yang ditanya ialah bagaimana mereka akan keluar dari Gaza dan lain-lain. Oleh itu, apabila tiba masa pelaksanaannya ia akan dilakukan di bawah pentadbiran presiden yang baharu dipilih," kata Retno.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog