Jump to content

Wn/ms/Indonesia beri amaran sekat X jika kandungan pornografi dibenarkan

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Indonesia beri amaran sekat X jika kandungan pornografi dibenarkan

6 Jun 2024 (Khamis)

JAKARTA - Kerajaan Indonesia memberi amaran bahawa mereka bakal menghalang akses kepada platform media sosial X. Ini selepas keputusan pihak pengurusan X mengemaskini polisi mereka dengan membenarkan kandungan berbentuk seksual secara sukarela diterbitkan selagi kandungan itu dilabelkan sedemikian.

X sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
Imej: Garrett Heath.

Budi Arie Setiadi, Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia (Kominfo) berkata X perlu mematuhi peraturan dan undang-undang Indonesia berkaitan pengharaman penyebaran kandungan lucah jika tidak mahu disekat atau diharamkan. "Kesemua polisi X yang bercanggah dengan peraturan ini dan kawalan berkaitan boleh dikenakan tindakan, termasuklah sekatan akses dan/atau denda," kata Budi kepada media CNN Indonesia.

Usman Kansong, Ketua Pengarah Informasi dan Komunikasi Umum Kominfo berkata di peringkat kementerian, kerajaan mempunyai mekanisma bagi menghalang kandungan pornografi seperti menapis akses jika terdapat kata kunci berkaitan digunakan dan larangan itu juga telah ditetapkan menerusi Akta Pornografi dan Akta Maklumat Elektronik dan Transaksi.

"Jika X melanggar undang-undang berkaitan pornografi, Kominfo boleh mengambil tindakan, dari mengarahkan penurunan kandungan sehinggalah kepada pengharaman akses," kata Usman.

Polisi terbaru di X itu mula dikuatkuasakan bermula 3 Jun. Walaupun begitu, kandungan bersifat seksual itu masih lagi disekat kepada kanak-kanak atau pengguna yang memilih untuk tidak membenarkan kandungan disiarkan.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog