Jump to content

Wn/ms/Indeks Zakat pertama di dunia dilancarkan Bursa Malaysia, PRIBUMI

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Indeks Zakat pertama di dunia dilancarkan Bursa Malaysia, PRIBUMI

16 Julai 2024 (Selasa)

KUALA LUMPUR - Sebuah indeks baharu khusus untuk syarikat senaraian awam (PLC) yang menerima pakai amalan Zakat Korporat dilancarkan semalam oleh Bursa Malaysia dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI).

Indeks Zakat PRIBUMI Bursa Malaysia (PBMZI) itu merupakan indeks zakat yang pertama seumpamanya di dunia dan direka bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pemain industri menggunapakai amalan zakat serta mengiktiraf syarikat tersenarai yang membayar zakat.

"Pada masa ini, Indeks Zakat mengandungi 27 komponen meliputi pelbagai sektor, termasuklah perkhidmatan kewangan, utiliti, telekomunikasi, hartanah, perladangan, teknologi, penjagaan kesihatan, pengangkutan, produk kepenggunaan dan tenaga," kata Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau memetik data yang dikeluarkan oleh Pusat Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Lembaga Zakat Selangor menunjukkan jumlah terkumpul untuk tahun 2023 hasil bayaran zakat korporat sahaja masing-masing berjumlah RM165 juta dan RM176.4 juta.

"Sumbangan ini tentunya menyokong pembangunan sosio-ekonomi, membiayai pendidikan dan program pembangunan sumber manusia dan juga projek infrastruktur, sekali gus memupuk ekonomi yang lebih inklusif," tambahnya.

Menurutnya, Indeks Zakat dibangunkan sejajar dengan amalan tonggak alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta menyokong objektif besar dalam Maqasid al-Shariah yang menggalakkan keadilan sosial dan kesaksamaan ekonomi. Ia juga dapat membantu syarikat yang menyumbang kepada Zakat Korporat berpotensi meningkatkan daya tarikan pasaran mereka dengan menarik pelabur dan pelanggan.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog