Jump to content

Wn/ms/Ibadat korban kendalian SalamSG Korban selesai, 4,323 haiwan disembelih

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Ibadat korban kendalian SalamSG Korban selesai, 4,323 haiwan disembelih

19 Jun 2024 (Rabu)

SINGAPURA - Proses penyembelihan sebanyak 4,323 haiwan korban, termasuklah 2,702 ekor kambing biri-biri, 1,547 ekor kambing dan 69 ekor lembu telah selesai dijalankan di pusat penyembelihan haiwan di Australia. Itu merupakan jumlah haiwan korban yang ditempah oleh masyarakat Islam di Singapura di bawah inisiatif SalamSG Korban (SSGK).

Gambar hiasan.
Imej: Kim Hansen.

Menurut Pengerusi SSGK, Mohd Khalid Lani, ibadat korban yang dilakukan di sana mematuhi syariat Islam yang telah ditetapkan. "Berdasarkan rujukan dari Pejabat Mufti, ibadat korban di luar negara tidak sedikit pun mengurangkan nilai syariat Islam, malah ianya sama seperti melakukannya di dalam negara," katanya.

Bagi memastikan pematuhan halal, Khalid berkata beberapa orang wakil dari SSGK telah berada di Melbourne bagi menyaksikan proses penyembelihan dilakukan mengikut tatacara dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Badan-Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB) dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Rumah-rumah penyembelihan juga diperiksa supaya ia memiliki lesen dan pensijilan halal yang diluluskan oleh pihak berkuasa Singapura dan Australia.

Proses pengagihan daging korban dijangka akan bermula seawal 22 atau 23 Jun, di mana petugas SSGK akan memberikan butiran lanjut. Bagi masyarakat yang memilih untuk menderma, agihan daging korban akan diberikan kepada golongan penerima zakat, pekerja imigran dan golongan lain yang memerlukan.

Untuk rekod, tempahan haiwan untuk ibadat korban di bawah inisiatif SalamSG Korban mula dibuka Mac lalu bagi membolehkan masyarakat Islam di Singapura memilih dan menempah dari senarai haiwan korban seperti kambing atau satu bahagian lembu yang ditawarkan pada harga S$375 (RM1,307) serta kambing biri-biri dengan harga S$360 (RM1,255).


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog