Jump to content

Wn/ms/Hilang dalam 12 saat, dua beradik dituduh melakukan penyelewengan kripto

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Hilang dalam 12 saat, dua beradik dituduh melakukan penyelewengan kripto

17 Mei 2024 (Jumaat)

Washington - Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah memberkas dua orang adik beradik yang disyaki terlibat dalam melakukan perancangan rapi bagi penyelewengan dan pengubahan wang haram yang melibatkan mata wang kripto pada Rabu lepas, yang dianggarkan berjumlah sebanyak $25 juta mengikut pasaran mata wang kripto, Etherium.

Etherium.
Imej: Edwin.images.

Pihak Pendakwa Raya di Manhattan menggelar perancangan yang dilakukan adik beradik Anton Peraire-Bueno, 24 tahun dan James Peraire-Bueno, 28 tahun itu sebagai kes yang pertama kali seumpamanya disiasat di bawah pertuduhan jenayah Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa berkata, mereka didakwa melakukan rompakan yang dirancang dengan teliti itu pada bulan April 2023, mengaut keuntungan sebanyak $25 juta daripada pedagang kripto dalam masa 12 saat dengan cara mendapatkan akses kepada transaksi yang belum selesai secara haram dan mengubah pergerakan mata wang kripto. "Persoalan mengenai integriti terhadap teknologi blok rantaian itu kini ditujukan akibat kes ini," demikian menurut pendakwa raya Amerika Syarikat, Damian Williams.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, dua beradik itu akan didakwa atas pertuduhan bersubahat dan melakukan penyelewengan, serta bersubahat dan melakukan pengubahan wang haram. Anton Peraire-Bueno telah ditangkap di Boston sementara James Peraire-Bueno ditangkap pihak berkuasa di New York.

Menurut kertas pendakwaan, dua beradik itu melanjutkan pengajian mereka ke Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dalam bidang sains komputer dan matematik dan dari situ mereka mengembangkan lagi kemahiran mereka dan ilmu yang diperlukan bagi melaksanakan rancangan itu. Dakwaan itu juga menyatakan Anton dan James melakukan percubaan untuk memanipulasi dan mengubah protokol yang digunakan bagi mengesahkan transaksi urusniaga yang akan dimasukkan ke dalam blok rantaian Etherium, iaitu lejar umum yang merekodkan setiap transaksi mata wang kripto itu.

Mereka melakukan aktiviti itu dengan mengeksploitasi kerentanan yang terdapat dalam kod sumber perisian yang dikenali sebagai "MEV-boost" yang digunakan oleh kebanyakkan "pengesah" rangkaian Etherium, yang bertanggungjawab dalam menyemak sama ada transaksi yang baru diterima itu sah atau tidak sebelum ianya direkodkan dalam blok rantaian.

Menurut pendakwaan itu lagi, setelah mereka melakukan penyelewengan, mereka akan menolak permintaan pedagang untuk mengembalikan dana dan sebaliknya melakukan pengubahan dan menyorokkan dana kripto yang dicuri itu.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog