Jump to content

Wn/ms/Harga baru bahan api diesel di Semenanjung RM3.35 bermula 10 Jun

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Harga baru bahan api diesel di Semenanjung RM3.35 bermula 10 Jun

9 Jun 2024 (Ahad)

Harga bahan api diesel di Semenanjung Malaysia akan ditetapkan pada harga RM3.35 sen seliter bermula tengah malam ini, demikian menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menerusi sidang akhbar petang tadi.

Dalam usaha untuk mengelakan ketirisan subsidi, harga baru bahan api tanpa subsidi itu akan ditetapkan secara mingguan. "Harga diesel ditetapkan secara mingguan berdasarkan kepada formula Mekanisma Harga Automatik (APM)," katanya. Selain itu, kerajaan akan sentiasa memantau harga semasa bagi mengelakkan ketidakstabilan harga.

Amir Hamzah juga mengumumkan seramai 30,000 individu yang memiliki kenderaan menggunakan diesel bakal menerima insentif sebanyak RM200 sebulan dibawah skim Budi Madani bermula esok. Ini bagi membantu pengguna yang terkesan dengan harga baru yang diumumkan itu, termasuklah mereka yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan program rasionalisasi diesel bersubsidi tidak akan dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak buat sementara waktu kerana berpendapat bahan api itu digunakan secara meluas di sana. "Di Sabah dan Sarawak, hampir semua penduduk menggunakan diesel jadi kita membuat keputusan untuk menangguhkan dahulu pelaksanaannya kerana khuatir ini akan membebankan mereka," katanya dalam ucapan yang disiarkan di saluran-saluran televisyen utama April lalu.

Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog