Wn/ms/Hanya satu kes dicatatkan di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Hanya satu kes dicatatkan di Malaysia hari ini
Jump to navigation Jump to search

1 Julai 2020 (Rabu)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memberitahu bahawa hanya 1 kes Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 8,640 kes. Hal ini menjadikan kes harian baru ialah paling rendah sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan. 1 kes tersebut merupakan kes import.

21 kes pula telah pulih menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih sebanyak 8,375 kes. Tiada kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian kekal 121 kes. Sementara itu, jumlah kes yang masih aktif ialah 144 kes. 4 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) dan kes yang memerlukan bantuan pernafasan meningkat kepada 2 kes.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg