Wn/ms/Gunung Merapi meletus dua kali

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Gunung Merapi meletus dua kali

21 Jun 2020 (Ahad)


Yogjakarta - Gunung Merapi, antara gunung berapi paling aktif di Indonesia, meletus sebanyak dua kali hari ini. Letusan pertama berlaku pada 9.13 pagi manakala letusan kedua pada 9.27 pagi. Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) masih menetapkan status Gunung Merapi pada tahap waspada.

Namun, ia menasihatkan pesawat komersial supaya mengambil langkah berjaga-jaga apabila melalui kawasan tersebut dan masih menetapkan radius bahaya berada pada jarak tiga kilometer dari puncak Gunung Merapi.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg