Jump to content

Wn/ms/Gabungan Rakyat Sabah menang Pilihan Raya Negeri Sabah 2020

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Gabungan Rakyat Sabah menang Pilihan Raya Negeri Sabah 2020

27 September 2020 (Ahad)

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan 38 kerusi, sekali gus membolehkan GRS yang diwakili Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dapat membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Gabungan Warisan+ yang diwakili Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang menjadi kerajaan negeri sebelum ini tewas apabila hanya dapat memperolehi sebanyak 32 kerusi, manakala tiga calon bebas telah menang kerusi masing-masing.

Menurut Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah akan diumumkan pada hari ini, dan pengumuman tersebut akan dibuat bersama-sama oleh PN, BN dan PBS sebagai anggota GRS.

Walaupun telah disahkan kalah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Presiden Warisan mengatakan bahawa parti beliau mempunyai jumlah kerusi paling banyak kerana partinya telah memenangi 29 kerusi, berbanding jumlah kerusi bagi setiap anggota GRS iaitu PN, BN dan PBS yang mempunyai 17, 14 dan 7 kerusi masing-masing.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog