Wn/ms/Dua lagi kluster diisytiharkan tamat hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Dua lagi kluster diisytiharkan tamat hari ini
Jump to navigation Jump to search

5 Julai 2020 (Ahad)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa dua lagi kluster yang melibatkan tempat kediaman di Selangor dan Kuala Lumpur, iaitu Kluster Gombak dan Kluster Pangsapuri Cheras diisytiharkan tamat hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, penularan COVID-19 di Kluster Gombak tersebut dikesan sejak 18 Mei yang lalu hasil daripada aktiviti pengesanan kes secara aktif bagi kes positif COVID-19, di sebuah kuarters kediaman di Gombak.

Sehingga 4 Julai lalu, seramai 200 orang telah disaring dan daripada jumlah itu lima kes dilaporkan positif COVID-19 yang membabitkan warganegara Malaysia.

Untuk Kluster Pangsapuri Cheras pula, beliau berkata ia mula dikesan pada 1 Jun yang lalu dan seramai 144 orang telah disaring dan didapati lapan kes dikesan positif COVID-19 melibatkan seorang warganegara Indonesia dan selebihnya ialah penduduk tempatan.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg