Wn/ms/DUN Negeri Sembilan terakhir bubar
Appearance
1 Julai 2023 (Sabtu)
Seremban – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan hari ini menjadikannya DUN terakhir dalam kalangan enam negeri terlibat bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka berlaku Ogos ini. Menteri Besar, Aminuddin Harun mengumumkan tarikh hari ini pada 28 Jun lalu selepas mempersembah cadangan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz.
Negeri Sembilan merupakan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN pada tahun ini selain Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.
Terdahulu, DUN Kelantan telah dibubarkan pada 22 Jun, diikuti Selangor (23 Jun), dan tiga negeri lain iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu (28 Jun).
Sumber
[edit | edit source]- (Melayu) Nor Fazlina Abdul Rahim. "Kelantan bubar DUN 22 Jun, beri laluan Pilihan Raya Negeri - MB" — Berita Harian, 14 Jun 2023
- (Melayu) Wani Muthiah. "DUN Selangor bubar 23 Jun beri laluan PRN" — Majoriti, 19 Jun 2023
- (Melayu) Bernama. "DUN Kedah bubar 28 Jun" — Harian Metro, 25 Jun 2023
- (Melayu) Bernama. "DUN Terengganu bubar pada 28 Jun" — Berita Mediacorp, 27 Jun 2023
- (Melayu) Staff Writers. "DUN Pulau Pinang bubar pada 28 Jun" — Malaysia Now, 27 Jun 2023
- (Melayu) Bernama. "DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai" — Harian Metro, 28 Jun 2023