Wn/ms/DUN Negeri Sembilan terakhir bubar

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > DUN Negeri Sembilan terakhir bubar

1 Julai 2023 (Sabtu)



SerembanDewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan hari ini menjadikannya DUN terakhir dalam kalangan enam negeri terlibat bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka berlaku Ogos ini. Menteri Besar, Aminuddin Harun mengumumkan tarikh hari ini pada 28 Jun lalu selepas mempersembah cadangan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz.

Negeri Sembilan merupakan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN pada tahun ini selain Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

Terdahulu, DUN Kelantan telah dibubarkan pada 22 Jun, diikuti Selangor (23 Jun), dan tiga negeri lain iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu (28 Jun).

Sumber[edit | edit source]