Jump to content

Wn/ms/Perbanyakkan amal ibadat, tiada hiburan dan muzik pada malam Jumaat di Kelantan

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Perbanyakkan amal ibadat, tiada hiburan dan muzik pada malam Jumaat di Kelantan

25 Julai 2024 (Khamis)

KOTA BHARU - Sebarang bentuk aktiviti hiburan atau muzik yang hingar tidak dibenarkan diadakan di Kelantan pada tiap-tiap Khamis malam jumaat, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan kerajaan Kelantan.

Masjid Kampung Laut, Kelantan (2011)
Imej: asrol affandi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata larangan itu adalah termaktub di bawah undang-undang Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Katanya, larangan itu dikenakan bagi membolehkan lebih ramai masyarakat Islam di seluruh negeri menumpukan sepenuh perhatian dalam memperbanyakkan amalan ibadah pada malam Jumaat. "Larangan ini dikenakan sebagai dorongan kepada umat Islam agar memperbanyakkan ibadah bermula Khamis selepas waktu Asar sehinggalah pada petang keesokan harinya.

Tambahnya lagi, larangan itu terpaksa diperkenalkan kerana terdapat beberapa kes yang melanggar peraturan di bawah enakmen terbabit. Kes terbaharu melibatkan satu majlis di mana pihak penganjur bertindak melakukan ujian sistem siar raya di sebuah premis berdekatan dengan masjid.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog