Wn/ms/China melancarkan satelit jalur lebar baharu
14 Mei 2024 (Selasa)
Xichang - China melancarkan satelit jalur lebar pertama mereka yang akan melakukan pengorbitan sederhana mengelilingi Bumi pada lewat Rabu lepas. Roket pengangkut Long March 3B dilancarkan pada pukul 9:43 pagi waktu Beijing dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di wilayah barat daya Sichuan, menghantar satelit Smart Skynet-1 (01) ke kawasan orbit Bumi yang telah ditetapkan.
Satelit ini telah dibangunkan oleh Akademi Penerbangan Teknologi Angkasa Shanghai (SAST) untuk Shanghai Tsingshen Technology Development Co. Ltd. (Tsingshen Tech). Projek ini merupakan hasil kolaborasi bersama Universiti Tsinghua dan pihak berkuasa Shanghai untuk membangunkan gugusan satelit jalur lebar pengorbitan sederhana (MEO).
Menurut SAST, satelit A Smart Skynet-1 (01) itu dilengkapi dengan pemancar berbilang, hubungan gelombang mikro berkelajuan tinggi, hubungan laser inter satelit dua hala dan platform pemprosesan digital dan pemajuan terbina. Manakala satelit B pula dilengkapi dengan hubungan laser inter satelit ujian beban. Antara aktiviti yang dijalankan di peringkat orbit termasuklah pengesahan teknologi terhadap hubungan inter satelit berfleksibel dan pemancaran dari satelit ke Bumi.
Ini merupakan misi penerbangan ke-521 bagi siri roket pengangkut Long March.
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) "China launches its first medium Earth orbit broadband satellites" — SpaceNews, 9 Mei 2024
- (Inggeris) "China launches new satellite" — XINHUANET.com, 9 Mei 2024
- (Melayu) "China lancar satelit baharu" — Berita Harian, 9 Mei 2024
- (Inggeris) "China launches its 1st MEO broadband communication satellite" — CGTN, 9 Mei 2024