Jump to content

Wn/ms/California akan bebaskan 8 ribu tahanan penjara

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > California akan bebaskan 8 ribu tahanan penjara

11 Julai 2020 (Sabtu)


Los Angeles - Kerajaan California akan membebaskan lebih 8,000 orang tahanan untuk mengurangkan kesesakan di penjara bagi mengekang penyebaran pandemik Covid-19. Menurut pihak berkuasa di Amerika Syarikat, tahanan dijangka dibebaskan akhir Ogos berdasarkan kelayakan bersama 10,000 tahanan yang dibebaskan sebelum ini dalam inisiatif sama sejak tercetusnya pandemik itu.

Pengumuman itu yang disambut baik penyokong-penyokong reformasi penjara berikutan lonjakan kes Covid-19 di salah satu penjara tertua di California, San Quentin.

California, antara salah satu negeri di Amerika Syarikat mempunyai kepadatan populasi penduduk yang paling tinggi dengan sekitar 40 juta orang penduduk telah mengesahkan bahawa terdapat lebih 300,000 kes Covid-19 dengan 6,800 kes kematian akibat wabak itu.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog