Wn/ms/Bursa Malaysia ditutup cergas selepas dibuka lemah
Appearance
29 Jun 2020 (Isnin)
Kuala Lumpur - Bursa Malaysia ditutup cergas petang ini. Indeks FBM KLCI yang dibuka lemah pulih selepas waktu rehat. Pada jam 5:05 petang FBMKLCI naik 6.29 mata atau 0.42% kepada 1,494.43 mata.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 664 kaunter yang rugi sementara 371 kaunter yang untung. 389 kaunter tidak berubah dan 528 tidak diniagakan manakala 62 yang lain digantung.
Sumber
[edit | edit source]- "Bursa Malaysia ditutup tinggi" — Berita Harian, 29 Jun 2020
- "Bursa Malaysia claws back to end higher" — Malay Mail, 29 Jun 2020