Wn/ms/Bursa Malaysia ditutup cergas petang tadi

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Bursa Malaysia ditutup cergas petang tadi

3 Julai 2020 (Jumaat)


Kuala Lumpur - Bursa Malaysia ditutup cergas petang tadi. Indeks FBMKLCI melonjak 16.37 mata atau 1.06% kepada 1,552.65 mata.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 667 kaunter yang untung sementara 355 kaunter yang rugi. 418 kaunter tidak berubah, manakala 474 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6.72 bilion saham bernilai RM3.81 bilion daripada 5.9 bilion saham bernilai RM4.02 bilion pada Khamis.

Sumber[edit | edit source]