Jump to content

Wn/ms/Benarkan pelancong bergambar atas landasan kereta api, pemilik kafe didenda

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Benarkan pelancong bergambar atas landasan kereta api, pemilik kafe didenda

20 Jun 2024 (Khamis)

HANOI - Seorang pemiliki sebuah kafe yang terletak bersebelahan dengan jalan kereta api popular di Hanoi disaman polis kerana membenarkan pelancong asing bergambar di landasan kereta api itu tatkala kereta api dilihat sudah menghampiri pelancong berkenaan.

Lokasi popular itu menjadi tarikan para pelancong, namun bahaya menanti jika terdapat kereta api sedang bergerak di situ.
Imej: Shyamal.

Itu berikutan sebuah video yang tular di media sosial yang menunjukkan seorang pelancong wanita menghampiri landasan kereta api untuk bergambar sebelum seorang lelaki dari arah bertentangan, dipercayai pemilik kafe itu berlari ke arah wanita tersebut. Lelaki itu kemudian menolak wanita tersebut ke tempat selamat semasa kereta api itu semakin dekat dengan lokasi kejadian.

Polis Daerah Hoan Kiem kemudian mengeluarkan notis denda sebanyak 7.5 juta Dong Vietnam (RM1,397) kepada pemilik kafe No.5 Tran Phu Street atas sebab tiada lesen pendaftaran serta membenarkan pelanggan melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan risiko keselamatan.

Susulan insiden itu, polis telah mempertingkatkan kawalan dan keberadaan di sepanjang laluan kereta api bagi mengelakkan pelancong melakukan aktiviti yang berbahaya seperti makan dan minum, bergambar atau merekod video di situ. Polis juga telah mengarahkan phak berkuasa tempatan melakukan pemeriksaan di premis-premis berdekatan laluan kereta api dengan kerap bagi memastikan pemilik kedai sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Selain itu, pihak berkuasa berkaitan perlu menggiatkan usaha dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang risiko berada di laluan landasan kereta api, dengan fokus perlu diberi kepada menerbitkan risalah mengenai bentuk larangan yang tidak boleh dilakukan mengikut Undang-undang Landasan Kereta Api.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog