Jump to content

Wn/ms/Arab Saudi memberi amaran suhu tinggi musim Haji tahun ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Arab Saudi memberi amaran suhu tinggi musim Haji tahun ini

4 Jun 2024 (Selasa)

Jemaah haji yang berada di Mekah bakal berdepan dengan suhu setinggi 44 darjah Celcius (111 darjah Fahrenheit) semasa musim Haji tahun ini, di mana ribuan kes direkodkan berkaitan dengan strok haba pada tahun lepas, demikian menurut Pusat Meteorologi Nasional.

Jemaah Haji perlu berjaga-jaga susulan amaran peningkatan suhu direkodkan.
Imej: Al Jazeera English.

“Keadaan iklim pada musim Haji tahun ini dijangka menyaksikan peningkatan kadar suhu direkodkan pada satu dan setengah sehingga dua darjah melepasi suhu normal di Mekah dan Madinah,” kata Ayman Ghulam, Pengarah Pusat Meteorologi Nasional semasa bercakap pada sidang media.

Ramalan cuaca juga menunjukkan "kelembapan relatif sebanyak 25 peratus, kadar hujan menghampiri sifar, purata suhu maksimum sehingga 44 darjah," katanya.

Untuk rekod, lebih 2,000 jemaah Haji mengalami strok haba pada musim Haji tahun lepas, menurut pihak berkuasa Arab Saudi. Ini selepas suhu dilaporkan meningkat sehingga 48 darjah Celcius (118 darjah Fahrenheit). Pihak berkuasa juga sedang berusaha untuk mengambil langkah yang sesuai dalam mengurangkan kesan haba ekstrem, termasuklah menyediakan khemah dengan pendingin hawa dan penggunaan sistem penyejukkan berkabus.

Menurut Ghulam, terdapat keperluan untuk menyediakan jumlah air yang mencukupi bagi menampung kegunaan harian para jemaah Haji yang disebabkan oleh peningkatan suhu itu. Dia juga menambah, makanan yang dibawa untuk para jemaah juga perlulah diletakkan dalam peti sejuk untuk mengelakkan dari basi.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog