Jump to content

Wn/ms/20,000 pelancong didenda kerana memasuki kota Mekah

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > 20,000 pelancong didenda kerana memasuki kota Mekah

2 Jun 2024 (Ahad)

Seramai 20,000 pelancong telah dikenakan penalti kerana melancong ke Mekah atau mendiami kota itu tanpa permit Haji yang sah, demikian menurut Agensi Akhbar Saudi (SPA). Jabatan Umum Keselamatan Awam Arab Saudi memberi amaran bahawa pelancong dengan permit visa lain tidak dibenarkan berada di Mekah bagi menunaikan fardu Haji.

Pemandangan dalam Masjidil Haram.
Imej: Richard Mortel.

Jabatan itu juga menegaskan bahawa pelancong tidak disyorkan melancong atau tinggal di Mekah atas apa-apa alasan bermula 23 Mei (15 Zulkaedah) sehingga 21 Jun (15 Zulhijjah). Sekatan itu dikenakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan para jemaah Haji yang dibenarkan menunaikan rukun Islam kelima itu.

Sebelum ini, pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan mereka akan mendenda mereka yang didapati masuk ke Mekah tanpa permit Haji yang sah bermula 2 Jun sehingga 20 Jun dengan denda sebanyak 10,000 SAR (atau lebih kurang RM12,549 atau SGD3,605) termasuklah warga Arab Saudi, ekspatriat dan pelancong luar.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog