Jump to content

Wn/ms/Anthony Loke alami sesak nafas ketika persidangan Dewan Rakyat

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Anthony Loke alami sesak nafas ketika persidangan Dewan Rakyat

10 Julai 2024 (Rabu)

KUALA LUMPUR - Suasana dalam sidang Dewan Rakyat pagi tadi agak tidak tenang buat seketika apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (PH-Seremban) mengalami sesak nafas ketika bangun dan memulakan sesi jawab lisan.

Anthony Loke (2023)
Imej: C.W. Tan .

Loke sepatutnya menjawab soalan dari Wong Chen (PH-Subang) berkaitan garis panduan bagi membolehkan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memiliki lesen memandu jenis A/A1 bekerja sebagai pemandu e-panggilan (e-hailing). Namun begitu, beliau dilihat tercungap-cungap apabila bangun untuk menjawab soalan itu dan memohon diberikan masa untuk menenangkan diri.

Selepas beberapa ketika, Loke dilihat mengurut dadanya beberapa kali sebelum memberi isyarat kepada Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah (GPS-Limbang) bagi mewakilkannya menjawab soalan.

Beberapa ahli parlimen menyatakan kerisauan mereka terhadap status kesihatan Loke. "YB (Loke), relak dulu. Biar saya jawab soalan itu," kata Hasbi sejurus beliau mengambil alih sesi berkenaan.

Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) pula menyarankan Loke untuk berehat dan pergi melakukan pemeriksaan kesihatan. "YB (Loke) relak dulu, kena periksa di hospital. Bahaya."

Loke kemudian menyambung sesi itu dengan menjawab soalan tambahan yang dikemukan Wong.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog