Wn/ms/Angka Covid-19 di A.S cecah 5 juta

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Angka Covid-19 di A.S cecah 5 juta

9 Ogos 2020 (Ahad)

Bendera Amerika Syarikat
Bendera Amerika Syarikat
Berita lain dari Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat


Washington D.C - Jumlah kes Covid-19 di A.S kini mencecah 5 juta dengan 162,441 jumlah kes kematian dicatatkan. Angka di AS itu menunjukkan ia mewakili kira-kira satu perempat jumlah kes global Covid-19.

Pandemik itu tidak menunjukkan sebarang tanda ia berkurangan dan pegawai kesihatan mendesak penggunaan pelitup muka di tempat awam dan meminta penduduk supaya mengelakkan semua jenis perjumpaan sosial sehingga penyebaran virus terkawal.

Sehingga minggu ini, lima negeri di A.S iaitu California, Florida, Texas, New York dan Georgia mewakili lebih 40 peratus daripada keseluruhan jumlah jangkitan di negara itu.

Setakat jam 9:36 PM, menurut John Hopkins University, 5,000,603 kes Covid-19 dilaporkan di A.S sementara Brazil ditempat kedua dengan 3,012,412 kes Covid-19.

Sumber[edit | edit source]