Jump to content

Wn/ms/Ais zaman purba dikesan di penghujung sistem solar

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Ais zaman purba dikesan di penghujung sistem solar

27 Mei 2024 (Isnin)

Sepasukan saintis dari Institut Angkasa Florida Universiti Florida Tengah berjaya mengesan kehadiran ais karbon monoksida (CO) dan ais karbon dioksida (CO2) di kawasan Objek Trans-Neptun (TNO) jauh dari Bumi. Ini merupakan kali pertama ais itu dikesan di kawasan TNO. Saintis percaya tinggalan ais itu ialah kapsul masa dari masa sistem solar ini mula dibentuk.

Perbandingan saiz di antara objek TNO
Imej: Kevin Gill.

Pasukan yang diketuai Mário Nascimento De Prá dan Noemí Pinilla-Alonso mengesan sumber ais berkenaan dengan menggunakan keupayaan spektral infra merah yang terdapat pada Teleskop Angkasa James Webb (JWST) untuk menganalisa komposisi kimia yang terdapat pada 59 objek TNO dan Centaurs iaitu kumpulan ais pejal yang didapati di antara Musytari dan Neptun.

Pasukan itu melaporkan terdapat elemen karbon dioksida pada 56 objek TNO, manakala 28 daripada 59 sampel yang dicerap menggunakan teleskop JWST dikesan mengandungi elemen karbon monoksida. Dapatan kajian itu menunjukkan bahawa karbon dioksida tersebar meluas di permukaan objek TNO tanpa mengira kelas dan saiz keseluruhan, manakala karbon monoksida pula hanya dikesan pada objek yang mengandungi komposisi karbon dioksida yang melimpah ruah.

"Objek Trans-Neptun adalah satu peninggalan daripada proses pembentukan planet pada masa lampau. Dapatan ini boleh menerangkan kekangan utama yang kita hadapi tentang di mana objek-objek ini dibentuk, bagaimana objek itu boleh sampai ke kawasan yang diorbit sekarang, dan bagaimana proses evolusi di permukaan objek-objek itu terjadi sejak mereka dibentuk," kata De Prá. "Oleh kerana objek-objek itu dibentuk jauh dari Matahari dan saiz yang lebih kecil berbanding planet lain, maka ia mengandungi maklumat yang tersimpan rapi tentang komposisi asal gegelang yang membentuk sistem solar ini".

Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog