Wn/ms/Agong perkenan isytihar darurat di kawasan Batu Sapi

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Agong perkenan isytihar darurat di kawasan Batu Sapi
Jump to navigation Jump to search

18 November 2020 (Rabu)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan pengisytiharan proklamasi darurat untuk membatalkan tarikh yang telah ditetapkan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menasihati berkenaan cadangan tersebut.

Dengan pengisytiharan itu, apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud penjalanan PRK Batu Sapi tidak akan diteruskan dengan tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelombang keempat penularan Covid-19 dan satu tarikh yang lain akan ditetapkan untuk PRK tersebut.

“Sesungguhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap keselamatan rakyat jelata ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian Covid-19 di negara ini sejak pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-16 yang diadakan 26 September lalu.

“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka berpendapat amatlah wajar PRK itu dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara. Perkenan Seri Paduka ini setelah mengambil iktibar dan pengalaman dari PRN Sabah yang menjadi faktor utama gelombang ketiga penularan Covid-19,” kata Ahmad Fadil dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg