Wn/ms/15 kes baharu dicatatkan di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > 15 kes baharu dicatatkan di Malaysia hari ini

22 Jun 2020 (Isnin)


Putrajaya - Hari ini, Kementerian Kesihatan memberitahu bahawa terdapat 15 kes baharu direkodkan. 2 merupakan kes import manakala 13 kes ialah kes tempatan. Kesemua 13 kes tempatan ialah bukan warganegara Malaysia. Hal ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 8,587 kes.

21 kes telah pulih dan menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 8,177 kes. Tiada kes kematian dicatatkan hari ini. Jumlah kes yang masih aktif pula ialah 289 kes. 2 kes masih lagi berada di unit rawatan rapi (ICU) manakala tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]