Wn/ms/Wikiberita:Wikiberita perlukan anda

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Wikiberita:Wikiberita perlukan anda

Selamat datang ke laman Wikiberita kepada anda semua, sebuah sumber berita bebas yang boleh anda tulis. Segala rencana berita yang anda baca di sini adalah ditulis oleh individu seperti anda. Anda boleh menyunting sebarang rencana seperti memperbaiki kesilapan ejaan, tanda baca atau tatabahasa atau mengembangkan lagi rencana tersebut!

Sila ambil perhatian bahawa jika anda telah terlibat dalam satu peristiwa dimana anda mahu Wikiberita laporkan mengenainya, maka anda lebih sesuai jika anda meminta satu wawancara dengan komuniti Wikiberita. Meminta satu wawancara adalah seperti mengadakan satu sidang akhbar.

Apakah itu rencana Wikiberita?[edit | edit source]

Rencana Wikiberita merupakan rencana berita yang ditulis dalam sudut pandangan berkecuali dan tidak mengandungi kandungan yang berunsur pendapat atau ulasan.

Terdapat dua jenis rencana berita di dalam Wikiberita iaitu:

  • Rencana ubahsuai - rencana yang ditulis menggunakan maklumat daripada sumber berita dalam talian yang lain (seperti Reuters atau mStar Online). Anda juga boleh menggabungkan semua fakta yang boleh didapati daripada pelbagai sumber berita ke dalam satu rencana tunggal untuk kemudahan pembaca dan kita boleh menyampaikan sesuatu maklumat itu dalam sudut berkecuali bagi mengelakkan kepincangan yang mungkin wujud di sumber berita yang lain. Tambahan lagi, kami sentiasa meletakkan sumber-sumber kami supaya anda boleh memeriksa ketepatan fakta berita yang telah hasilkan.
  • Laporan asli - rencana yang ditulis oleh penyumbang Wikiberita sendiri dengan mewawancara. Anda sendiri juga boleh menulis berita dengan menyediakan laporan secara langsung tentang suatu peristiwa berita. Pihak kami hanya meminta anda supaya mengambil nota terperinci dan membentangkannya dengan rencana anda untuk menyokong hasil kerja anda.

Semua rencana adalah hasil usahasama daripada pelbagai pihak. Semua orang adalah penulis dan bebas untuk menyunting sebarang rencana, selagi perubahan yang dilakukan tidak melanggar dasar dan garis panduan yang telah ditetapkan.