Jump to content

Wn/ms/Wikiberita:Memetik sumber

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Wikiberita:Memetik sumber

Oleh kerana sifat rencana berita mengikut faktor masa, setiap maklumat dalam rencana Wikiberita perlu dipetik sumbernya dan dipercayai. Ini bagi memastikan apa sahaja cerita yang kita huraikan adalah benar, dan juga memiliki reputasi yang dipercayai. Namun, ada juga pengecualian yang jelas seperti Malaysia di Asia Tenggara, atau jemaah Haji merupakan orang Islam.

Terdapat dua prinsip utama kepada polisi ini:

  • Anda perlu memetik sumber rujukan
  • Sumber rujukan itu mesti boleh disahkan


Memetik sumber[edit | edit source]

Pada bahagian bawah setiap rencana, petikan sumber perlu diletakkan dalam bahagian "Sumber" atau "Bahan rujukan", yang dipaparkan seperti format di bawah:

(Inggeris) Georgina Rannard,Laura Bicker. "China says its spacecraft lands on Moon's far side" — BBC, 5 Jun 2024

Untuk menformatkan petikan sumber anda, gunakan templat ini.

{{Wn/ms/Sumber
| Bahasa         = 
| url            = 
| Tajuk          = 
| Terbitan       = 
| Tarikh         = 
| Penulis        = 
}}

Jika sumber anda tiada maklumat mengenai mana-mana bahagian yang diperlukan dalam templat, letakkan jarak selepas tanda " = ". Tajuk perlu disalin daripada berita asal, walaupun sumber itu tidak menggunakan Bahasa Melayu. Jika tajuk sumber adalah selain dari Bahasa Melayu, ianya perlu dicondongkan.

Tarikh pula perlu mengikut format tempatan iaitu <nombor hari> <nama bulan> <tahun>. Penggunaan tarikh adalah perlu jika melibatkan beberapa petikan sumber di mana susunan petikan adalah mengikut tarikh terkini.

Sila jangan gunakan gaya Wikipedia bagi petikan rujukan, kerana ianya tidak sesuai sama sekali bagi rencana berita di mana anda menjangkakan pembaca akan membaca keseluruhan rencana, berbanding di Wikipedia di mana pembaca mencari fakta dan dari mana fakta itu didapati.

Walaupun begitu, anda dialu-alukan untuk menyertakan nota atau komen bagi membantu penilai mengesahkan dari mana fakta itu didapati; khususnya melibatkan rencana yang agak panjang.


Sumber rujukan boleh disahkan[edit | edit source]

Hanya gunakan bahan rujukan di mana seseorang secara munasabahnya boleh melakukan semakan. Laman yang memerlukan pendaftaran percuma adalah dibenarkan, namun laman yang mengenakan pembayaran sebelum melihat kandungan itu adalah tidak dibenarkan. Laman Meja Penyelidik mungkin berguna jika anda ingin memastikan terdapat lebih satu rujukan atau sumber yang boleh diterima pakai bagi sesebuah cerita.


Menggunakan sumber[edit | edit source]

Hanya petik sumber rujukan yang anda gunakan dalam rencana berita - sila jangan tambah sumber rujukan lain yang tidak digunakan.