Wn/ms/Wikiberita:Sudut pandangan berkecuali
Polisi Wikiberita adalah kesemua rencana berita perlu diolah menggunakan sudut pandangan yang neutral. Menurut pengasas Wikimedia, Jimbo Wales, NPOV (Neutral point of view) adalah suatu "kemestian dan tidak boleh dibincang" (untuk ahli Wikipedia).
Permulaan
[edit | edit source]Polisi pandangan berkecuali menyatakan bahawa pihak yang terlibat perlu menulis rencana tanpa prejudis, lalu membuat pertimbangan dengan seadil-adilnya.
Sudut pandangan berkecuali pula bermakna sesebuah rencana itu perlulah mewakili setiap pandangan dalam berita yang dikarang dengan seadil-adilnya, dan tidak mencipta rencana yang menyatakan, membayangkan atau membuat kenyataan fitnah terhadap sisi pandangan yang lain. (Sudah tentu, terdapat had ketika menyatakan buah fikiran yang patut disebut dan ini boleh membawa kepada isu percanggahan kepentingan).
Sangat penting bagi penyumbang dan ahli Wikiberita bekerja bersama-sama dalam memastikan setiap rencana berita yang diterbitkan itu mengetengahkan pandangan berkecuali. Ini pastinya memberikan tambah nilai kepada laman Wikiberita.
Kenapa Wikiberita perlu bersikap berkecuali?
[edit | edit source]Wikiberita ialah sumber berita umum, bermakna ianya juga mewakili fakta yang dihuraikan mengenai sesuatu kejadian. Namun, kita (manusia) kadang-kala tidak bersetuju dengan isu yang spesifik. Untuk mana-mana topik yang melibatkan pandangan yang berbeza, setiap pandangan yang dilemparkan itu mewakili teori yang berbeza tentang kebenaran, dan mereka yang taksub dengan sesuatu pandangan akan melihat pandangan lain sebagai salah.
Apabila terdapat perselisihan mengenai apa yang betul, akan mula wujudnya tentangan pengetahuan. Wikiberita berfungsi kerana ia adalah usaha kolaborasi; namun semasa berkolaborasi, bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah "perang suntingan" di mana seorang penulis bertegas tentang topik p, kemudian penulis lain mengubah teks itu supaya ayatnya menceritakan penegasan terhadap topik bukan p?
Jalan penyelesaian yang kami terima, dengan matlamat untuk bekerja dengan Wikiberita, "pengetahuan manusia" itu termasuklah lontaran teori-teori yang berbeza untuk kesemua topik berlainan. Kita boleh sahaja menyimpulkan fakta (dalam konteks ini) menggunakan cara bias: kita menyatakan pelbagai teori tentang topik T, dan mendakwa kebenaran mengenai T adalah sekian-sekian. Namun begitu, pertimbangkan bahawa Wikiberita ini adalah projek di peringkat antarabangsa dan berkolaboratif. Hampir kesemua pandangan dalam kesemua subjek boleh didapati dalam kalangan penulis dan pembaca. Untuk menulis dari perspektif pandangan berkecuali, seseorang boleh mengemukakan pandangan yang berkontroversi tanpa melakukan penegasan; untuk melakukan itu, sudah memadai dengan melontarkan pandangan dalam cara yang boleh atau tidak boleh diterima dalam kalangan pentaksub, dan juga menyatakan penghargaan pandangan-pandangan itu kepada pentaksub.
Terdapat alasan lain yang menyebabkan kita perlu komited dengan polisi ini. Amnya, apabila secara jelasnya pembaca tidak mengharapkan kita untuk menerima pakai apa jua pendapat, ini akan meninggalkan mereka dengan pendapat mereka sendiri, dan oleh itu menggalakkan mereka dalam berfikir secara bebas dan berintelektual. Pihak berkuasa yang berhaluan dan institusi pengikut di mana sahaja mungkin akan mencari alasan untuk menentang Wikiberita, jika kita berjaya mematuhi polisi tanpa bias ini.
Persembahan pelbagai teori yang bersaing antara satu sama lain pada pelbagai subjek membuktikan kami, pencipta Wikiberita, percaya kepada kepintaran para pembaca dalam membangunkan pendapat mereka sendiri. Teks yang mewakili pelbagai pandangan secara adil, tanpa meminta pembaca menerima pakai mana-mana pandangan itu, tentunya membuatkan mereka bebas berfikir. Pandangan neutral mampu menjatuhkan pentaksuban, dan hampir kesemua mereka yang bekerja dengan Wikiberita boleh bersetuju ini adalah perkara yang baik.