Jump to content

Wn/ms/Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba

23 Mei 2024 (Khamis)

Artis Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital di Ahmedabad akibat strok haba, menurut kenyataan yang dikeluarkan polis. Sebelum itu beliau berada di sana bagi menyaksikan perlawanan kriket Liga Perdana India (IPL) di antara pasukan Kolkata Knight Riders (KKR) yang merupakan pasukan yang diminatinya melawan pasukan Sunrisers Hyderabad (SRH) di Stadium Narendra Modi. Pasukan KKR mencatatkan kemenangan dengan lapan wiket (berbaki 38 pukulan).

Shah Rukh Khan (2023)
Imej: Bollywood Hungama.

Selepas perlawanan itu berakhir, artis itu kemudian pergi ke hotel dan meraikan kemenangan bersama pasukan KKR. Pada keesokkan harinya, keadaan beliau semakin merosot dan dikejarkan ke Hospital KD bagi mendapatkan rawatan akibat dehidrasi dan para doktor menasihatinya supaya mendapatkan rehat yang secukupnya. Shah Rukh Khan kemudian dibenarkan pulang.

Beberapa kenalan terdekat beliau datang melawat di hospital; antaranya ialah isteri Gauri Khan, pelakon Juhi Chawla serta ahli perniagaan Jay Mehta.

Ahmedabad merupakan antara kawasan yang merekodkan suhu yang paling tinggi di India. Ibu negeri Gujarat itu merekodkan suhu sekitar 45 darjah Celcius dan Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran merah di bandar itu.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog