Jump to content

Wn/ms/India haramkan TikTok

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > India haramkan TikTok

30 Jun 2020 (Selasa)


New Delhi - India telah mengharamkan penggunaan aplikasi video TikTok dan puluhan lagi aplikasi mudah alih lain yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat yang berasal dari China atas faktor keselamatan dan privasi. Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, 59 aplikasi dilarang digunakan ekoran "kebimbangan mengenai aspek berkaitan keselamatan data dan privasi" rakyat India yang menggunakan aplikasi-aplikasi itu.

Antara aplikasi lain yang diharamkan termasuk WeChat, Shareit, Cam Scanner, Kwai, UC Browser, Baidu map, Virus Cleaner dan Newsdog.

Langkah ini juga susulan ketegangan yang masih berlaku di sempadan China dan India.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog