Jump to content

Wn/ms/Gangguan bekalan elektrik di Assam akibat "keruntuhan grid"

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Gangguan bekalan elektrik di Assam akibat "keruntuhan grid"

16 Julai 2024 (Selasa)

Lima daerah serta beberapa kawasan lagi terjejas akibat gangguan bekalan elektrik massa yang berlaku di negeri Assam pada lewat petang Isnin. Pihak berkuasa berkata, gangguan itu adalah disebabkan oleh insiden "keruntuhan grid".

Ketua Menteri, Himanta Biswa Sarma kemudian mengesahkan kerja-kerja baikpulih telah selesai dan bekalan elektrik kembali pulih. "Transmisi bekalan elektrik dari stesen grid di Mariani telah pulih. Bekalan elektrik juga kembali seperti sedia kala di bahagian utara Assam," katanya menerusi hantaran di laman sosial X.

Menurut jurucakap dari syarikat utiliti Assam Electricity Grid Corporation (AEGCL), gangguan itu berlaku pukul 7:50 petang waktu tempatan dan menjejaskan daerah Jorhat, Charaideo, Sivasagar, Dibrugarh dan Tinsukia, selain sebahagian daripada kawasan Golaghat turut terkesan.

Sumber juga menambah mereka sedang melakukan kerja-kerja pemulihan susulan di beberapa komponen yang dipercayai bermasalah.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog