Jump to content

Wn/ms/Pertubuhan MSM di India sambut Aidiladha dengan kempen derma darah dan organ

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Pertubuhan MSM di India sambut Aidiladha dengan kempen derma darah dan organ

18 Jun 2024 (Selasa)

Sekumpulan orang Islam di Pune, India mempamerkan aspek pengorbanan berbeza dalam menyambut Aidiladha. Mereka memilih untuk meluangkan masa menderma darah serta menandatangani ikrar mendermakan organ dan bahagian badan apabila meninggal dunia kelak.

Inisiatif itu digerakkan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Muslim Satyashodhak Mandal (MSM) yang bermatlamat mempromosikan pendekatan saintifik moden serta nilai demokrasi dalam kalangan komuniti Muslim di India. Program derma darah semasa perayaan Aidiladha itu telah diadakan sejak 15 tahun lalu, selain mendapat sokongan daripada pelbagai organisasi lain termasuklah organisasi berkaitan keagamaan.

Presiden MSM, Dr. Shamshuddin Tamboli berkata makna sebenar korban ialah mengorbankan sesuatu yang sangat berharga dan demi kebaikan bersama. "Terdapat banyak kepercayaan karut yang dikaitkan dengan amalan penyembelihan haiwan dalam perayaan Aidiladha. Kami cuba menyambut perayaan ini dengan lebih bersosial, berasaskan sains dan berperikemanusiaan," katanya. "Oleh itu kami memutuskan untuk menyambutnya dengan penganjuran kempen derma darah, merentasi kasta dan agama serta menggalakkan semangat kemanusiaan."

Jelasnya lagi, untuk program tahun ini selain daripada derma darah, buat pertama kali orang ramai juga berpeluang untuk mendermakan organ mereka setelah meninggal dunia. Seramai 34 orang mengambil bahagian dalam mendermakan darah, manakala 20 orang Islam telah menandatangani ikrar pendermaan organ.

"Sambutan Aidiladha seperti ini juga menggalakkan keharmonian dari pelbagai kaum dan agama serta menghapuskan salah faham tentang agama Islam," kata Shamshuddin.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog