Jump to content

Wn/ms/Protein dalam darah mampu meramal penyakit kronik dan keadaan kesihatan pesakit

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Protein dalam darah mampu meramal penyakit kronik dan keadaan kesihatan pesakit

11 Ogos 2024 (Ahad)

Saintis menemukan cara untuk meramal sejumlah 18 penyakit kronik, termasuklah penyakit jantung, diabetes, kanser dan penyakit Alzheimer ke atas manusia dengan kaedah analisis terhadap "jam" umur yang terdapat dalam komponen protein dalam darah.

Kajian diterbitkan di jurnal Nature Medicine pada Khamis mendapati umur kronologi manusia dapat diukur dengan tepat berdasarkan kepada kandungan dalam 204 jenis protein dalam darah. Penyelidik sebelum itu menggunakan data bio kesihatan daripada 45,441 peserta dipilih secara kasar dari sebuah bank kesihatan di United Kingdom.

Artikel jurnal juga melaporkan apabila mereka membina jam kedua hanya menggunakan 20 jenis protein utama, ia mampu mengukur dengan tepat umur kronologi manusia seperti jam sebelumnya selain umur kronologi daripada dua kumpulan manusia dari latar belakang berbeza iaitu kumpulan pertama melibatkan sampel dari China dan kumpulan kedua dari Finland.

Penyelidik kemudian membandingkan umur kronologi peserta dengan umur biologi berdasarkan kepada komponen protein dalam darah bagi mengira nilai jurang kedua-duanya atau "jurang umur protein" sebagai indikasi kepada kadar penuaan seseorang. Dengan nilai jurang itu juga, mereka boleh mengaitkan dengan keadaan kesihatan seseorang sama ada ia berupaya meramalkan keadaan fizikal dan mental mengikut umur, risiko penyakit dan kematian.

Dapatan kajian mendakwa nilai jurang itu berupaya meramalkan dengan tepat akan perubahan fizikal bakal dialami seseorang seperti kelemahan fizikal, kekuatan genggaman tangan, fungsi buah pinggang, ketumpatan tulang, fungsi kognitif serta kepanjangan telomer (tanda penuaan boleh diukur dengan DNA). Selain itu, nilai jurang juga berhubung kait dengan kematian dan 18 penyakit kronik.

Dr. Austin Argentieri, pengarang utama artikel tersebut berkata "jam" protein dibangunkan merentasi pelbagai kumpulan diversiti mampu menawarkan strategi berkesan dalam menangani penyakit yang disebabkan faktor umur. "Dengan teknologi semakin berkembang serta kos melakukan kajian terhadap struktur protein berkurangan, pendekatan perubatan jitu mampu diperluaskan dalam membantu seseorang hidup lebih lama dan kekal sihat," katanya.

Walaupun ia boleh meramalkan keadaan kesihatan, namun sampel yang dimiliki penyelidik tidak mencukupi dari segi aspek kepelbagaian populasi. "Selain itu, dengan jam protein kami ingin menguji sama ada kaedah perubatan moden boleh menyembuhkan penyakit berkaitan umur, tanpa perlu menunggu lama sehingga berdekad-dekad untuk melihat jika seseorang menghidap penyakit kronik," tambah Argentieri.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog