Wn/ms/Pizza Hut dan Wendy's isytihar muflis

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Pizza Hut dan Wendy's isytihar muflis

2 Julai 2020 (Khamis)

Bendera Amerika Syarikat
Bendera Amerika Syarikat
Berita lain dari Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat


New York - NPC International yang mengendali 1,200 cawangan Pizza Hut dan hampir 400 restoran Wendy's di Amerika Syarikat telah mengisytiharkan muflis semalam. Kumpulan itu telah dibebani pelbagai masalah seperti perintah larangan akibat pandemik Covid-19, kenaikkan kos buruh dan makan dan hutang yang besar yang menghampiri 1 bilion dollar AS (RM 4.28 bilion, B$ 1.39 bilion, Rp 14.49 triliun, S$ 1.39 bilion).

Menurut NPC, mereka menggaji hampir 40 ribu orang di 27 negeri di A.S. Pada masa yang sama, restoran-restoran itu akan terus beroperasi semasa mereka menguruskan proses muflis tersebut dan menjangkakan bahawa mereka masih lagi dapat membayar dan memberi faedah biasa kepada pekerja-pekerjanya.

Sumber[edit | edit source]