Jump to content

Wn/ms/Menteri ajar definisi "brain drain" di Parlimen, elak guna terjemahan terus

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Menteri ajar definisi "brain drain" di Parlimen, elak guna terjemahan terus

4 Julai 2024 (Khamis)

Persidangan Dewan Rakyat semalam menyaksikan seorang Menteri membetulkan istilah yang digunakan oleh seorang Ahli Parlimen dengan merujuk kepada penggunaan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Elakkan menggunakan terjemahan terus.
Imej: CEphoto, Uwe Aranas.

Istilah yang dimaksudkan itu ialah brain drain, digunakan oleh Oscar Ling (PH-Sibu) semasa soal jawab lisan kepada Perdana Menteri yang bertanya berkaitan dengan pengurangan pilihan IPTS semasa memohon biasiswa di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan langkah untuk meningkatkan kualiti di IPTA.

"Sebelum saya meneruskan jawapan, saya ingin membetulkan istilah yang digunakan oleh Yang Berhormat Sibu iaitu brain drain yang menggunakan definisi "longkang otak"," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa. "Definisi itu terlalu literal. Sebenarnya istilah yang telah diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah "hijrah cendekiawan". Walaupun ada yang guna penghijrahan bakat namun istilah itu kurang tepat."

Semakan di laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP mendapati istilah brain drain didefinisikan sebagai perhijrahan cendekiawan, namun diletakkan status colloq yang bermaksud perkataan perhijrahan cendekiawan bukanlah istilah rasmi, sebaliknya dicadangkan penggunaannya dalam komunikasi harian.

Hijrah cendekiawan pula bermaksud kehilangan tenaga manusia mahir dari sesebuah negara atau organisasi kerja berhijrah ke negara atau organisasi lain, menurut laman PRPM itu.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog