Jump to content

Wn/ms/FIVE Petroleum dalam perancangan membuka stesen minyak di Uzbekistan

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > FIVE Petroleum dalam perancangan membuka stesen minyak di Uzbekistan

2 Julai 2024 (Selasa)

Rangkaian stesen minyak Malaysia, FIVE Petroleum Malaysia menyatakan minat dalam menubuhkan stesen minyak pertamanya di Uzbekistan, demikian menurut duta Uzbekistan, Karomiddin Gadoev.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama King Lim Chin Fui, Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif FIVE Petroleum Malaysia. Pertemuan itu juga membincangkan mengenai pelbagai peluang pelaburan yang ditawarkan di Uzbekistan.

Pada Mei lepas, King telah menyatakan persetujuan dalam membentuk kerjasama dengan syarikat pengeluar minuman ringan tempatan mengenai projek pembekalan dan pengeluaran bekalan tin aluminium.

Persetujuan itu juga melibatkan penubuhan projek membina dan menyediakan kelengkapan rangkaian stesen minyak di beberapa kawasan di bandar Tashkent, selain kemungkinan membangunkan stesen minyak di tempat-tempat lain. Ia akan dilengkapkan dengan kemudahan moden sesuai dengan peredaran masa.

Lawatan kerja ke Uzbekistan oleh delegasi syarikat juga telah dirancang dalam pertemuan itu.

FIVE Petroleum ditubuhkan pada 2020 dan memiliki lebih dari 110 rangkaian stesen minyak di Malaysia. Syarikat itu juga memiliki pegangan sebanyak 60% dalam BHPetrol, yang turut memiliki lebih 400 stesen minyak di seluruh Malaysia.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog