Jump to content

Wn/ms/BYD bakal hasilkan kereta EV murah, bersaiz kecil di Uzbekistan

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > BYD bakal hasilkan kereta EV murah, bersaiz kecil di Uzbekistan

11 Julai 2024 (Khamis)

Syarikat pengeluar kenderaan hibrid dan elektrik China, BYD telah mencapai satu persetujuan bersama Uzbekistan untuk menghasilkan kereta bersaiz kecil, sederhana dan mesra harga di negara itu. Ia bagi memenuhi permintaan terhadap kereta pengguna serta memperbanyakkan pilihan model.

Pengeluaran kereta BYD itu akan menggunakan kilang BYD Uzbekistan, kilang pertama BYD untuk pembuatan kereta EV pengguna di luar China. Kilang itu terletak di wilayah Jizzakh dan mula dibuka lewat Jun. Pada masa ini, ia menghasilkan dua jenis model iaitu Song Plus Champion (crossover) dan Chazor (sedan).

Ulugbek Rozukulov, ketua bagi syarikat milik negeri Uzavtosanoat yang memegang pegangan dalam perusahaan pembuatan automotif Uzbekistan berkata pakar-pakar kini sedang menjalankan analisis terhadap syarikat tempatan yang mengeluarkan komponen seperti plastik, kaca, tayar, dan pelbagai komponen lain bagi memastikan pematuhan kepada sistem kualiti BYD, sebelum pengeluaran penuh dapat dijalankan.

Kerjasama dengan BYD itu juga termasuklah menyediakan latihan asas dan lanjutan kepada pekerja, selain menubuhkan pusat latihan dan kejuruteraan dalam memberikan latihan khusus kepada pekerja berkemahiran tinggi dengan bantuan daripada Institut Politeknik Jizzakh dan Universiti Politeknik Turin di Tashkent.

Untuk rekod, syarikat Uzavtosanoat dan BYD Auto bersetuju untuk melancarkan pembuatan kereta secara tempatan di Uzbekistan pada Ogos 2022. Jenama BYD mula diperkenalkan secara rasmi pada awal 2023.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog