Jump to content

Wn/ms/Lima maut dan dua helikopter bertembung di India

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Lima maut dan dua helikopter bertembung di India

30 Ogos 2012 (Khamis)

NEW DELHI − Sekurang-kurangnya lima orang tentera didapati maut dalam kemalangan dua buah helikopter selepas berlepas dari wilayah Gujarat, India pada hari Khamis.

Helikopter Mi-17 yang digunakan oleh tentera India untuk menaik taraf peralatan ketenteraan mereka.

Menurut media India, dua helikopter Mi-17 buatan Rusia itu bertembung di udara sebaik sahaja berlepas untuk misi latihan dari kem berhampiran. Tiada sebarang kerugian dan kecederaan berlaku ketika helikopter itu terhempas di tanah.

Jurucakap polis, Harikrishna Patil berkata:

Dua helikopter yang membawa sembilan askar dan beberapa pegawai terhempas di ladang penanaman kapas di wilayah Jamnagar

Pihak tentera di negara India telah dibelenggu oleh kemalangan maut yang sering kali terjadi disebabkan oleh peralatan yang ketinggalan zaman. Lebih separuh daripada 872 pesawat pejuang MiG India yang dibeli dari Moscow sejak 1960-an telah terhempas.

India merancang untuk membelanjakan sejumlah $ 100 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi menaik taraf mutu peralatan ketenteraannya. Kebanyakkannya peralatan tersebut adalah dari era Soviet lagi.

Sumber

[edit | edit source]
Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog