Wn/ms/Lawrence Wong bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura baharu pada 15 Mei

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Lawrence Wong bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura baharu pada 15 Mei

23 April 2024 (Selasa)


Singapura - Timbalan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura keempat yang dijadualkan berlangsung pada 15 Mei 2024, yang akan mengambilalih tampuk pemerintahan daripada Lee Hsien Loong yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Singapura sejak tahun 2004.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri Singapura pada 15 April memaklumkan Wong akan mengangkat sumpah di Istana pada jam 8:00 malam waktu tempatan, dan beliau telah mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen dari Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Lawrence Wong (kiri) akan menggantikan Lee Hsien Loong (kanan) sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei.
Imej kredit: 首相官邸ホームページ & Ash Carter

Dalam hantarannya di Facebook, Wong berkata dia menerima tugas baru ini dengan "rasa rendah diri dan tanggungjawab yang mendalam", dan, "...setiap keringat tenaga akan dicurahkan demi Singapura dan rakyatnya."

Di awal kariernya, Wong merupakan seorang penjawat kerajaan yang bekerja di pelbagai pejabat kementerian sebelum dipilih sebagai ahli Parlimen pada tahun 2011. Antara tugas yang pernah disandang beliau termasuklah perlantikan beberapa menteri dan pengerusi bersama pasukan petugas dalam mendepani pandemik COVID-19 di Singapura. Kini, beliau berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dan Pengerusi Perbadanan Kewangan Singapura selain menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Wong pertama kali diberi bayangan bakal menggantikan Lee sejak tahun 2021, di mana beliau dinamakan dalam pucuk pimpinan pasukan generasi keempat (4G) parti PAP, menggantikan Heng Swee Keat yang berundur atas faktor usia. Lee pada asalnya merancang untuk berundur sebagai Perdana Menteri pada tahun 2022, namun ditangguhkan kerana pandemik COVID-19. Beliau akan menjawat jawatan Menteri Kanan selepas berundur.


Sumber[edit | edit source]