Jump to content

Wn/ms/Rangkuman keputusan pengundian Piala AFF 2024

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Rangkuman keputusan pengundian Piala AFF 2024

21 Mei 2024 (Selasa) Hanoi - Kejohanan Piala AFF 2024 akan kembali pada tahun ini dengan majlis pengundian telah diadakan di Hanoi bagi menentukan pasukan-pasukan di peringkat kumpulan. Juara bertahan, Thailand diundi bersama pasukan Malaysia dan Singapura dalam Kumpulan A.

Pasukan Thailand memenangi kejohanan ini pada tahun 2014.
Imej: Arch2304.

Manakala dua lagi pasukan pilihan, Vietnam dan Indonesia diletakkan dalam Kumpulan B.

Pasukan Brunei Darussalam dan Timor Leste sebelum itu akan berentap dalam pusingan play-off yang dijadualkan pada 7 dan 14 September. Pemenang pusingan ini akan diletakkan dalam Kumpulan A.

Kejohanan Piala AFF 2024, atau dikenali sebagai ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 akan bermula pada 23 November hingga 7 Disember bagi peringkat kumpulan. Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati, dengan perlawanan separuh akhir secara timbal balik diadakan pada 10 dan 11 Disember serta 13 dan 14 Disember.

Kejohanan ini tidak diadakan di satu negara sebagai tuan rumah, sebaliknya kesemua perlawanan diadakan di negara masing-masing mengikut jadual perlawanan.

Perlawanan akhir pula diadakan secara timbal balik pada 17 dan 21 Disember.

Untuk rekod, pasukan Thailand merupakan pasukan yang paling banyak memenangi kejohanan ini, dengan 7 kali. Mereka menewaskan pasukan Vietnam dengan agregat 3-2 dalam perlawanan akhir dan menjuarai edisi tahun 2022 yang lalu.


 
Kumpulan A Kumpulan B
  Thailand Vietnam
  Malaysia Indonesia
  Singapura Filipina
  Kemboja Myanmar
  Brunei / Timor Leste Laos


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog