Jump to content

Wn/ms/Laos rancang naikkan gaji penjawat awam, kurangkan kesan inflasi

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Laos rancang naikkan gaji penjawat awam, kurangkan kesan inflasi

16 Jun 2024 (Ahad)

Kerajaan Laos mengumumkan rancangan untuk menaikkan gaji minima bagi penjawat awam dengan jumlah keseluruhan sebanyak LAK 2 juta hingga 2.2 juta pada 2025. Langkah itu dirancang sebagai tindak balas terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat serta cabaran ekonomi yang mendatang.

Menteri Kewangan, Santiphap Phomvihane berkata kerajaan akan menggubal polisi berkaitan bagi membolehkan gaji dan elaun untuk penjawat awam dan polis dinaikkan. Namun begitu, beliau akui kadar gaji dan elaun sedia ada mencukupi bagi mendepani kesan inflasi dan kejatuhan nilai mata wang.

Pada 2023, kerajaan telah menaikkan gaji minima kepada sejumlah LAK 1.7 juta serta pendapatan tambahan sebanyak LAK 150,000 sebagai sokongan dalam menghadapi kesan kenaikan kos sara hidup. Tahun ini juga menyaksikan kenaikan gaji penjawat awam kepada LAK 1.85 juta.

Menurut Santiphap, kerajaan sentiasa menekankan kepada kepentingan pembayaran gaji dan elaun mengikut masa yang ditetapkan kepada penjawat awam, polis, tentera dan pesara kerajaan. Ia menyaksikan kenaikan gaji dari 8 hingga 18 peratus daripada gaji dan elaun terkini yang mula dilaksanakan secara berperingkat.

Cadangan kenaikan gaji adalah sebahagian daripada rancangan besar kerajaan Laos untuk mengurangkan kesan inflasi dan kejatuhan nilai mata wang terhadap tenaga kerjanya.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog