Wn/ms/Komponen Dow Jones bakal bertukar
27 Ogos 2020 (Khamis)
New York - S&P Dow Jones Indices pada Isnin mengumumkan bahawa 3 daripada 30 komponen syarikat dalam indeks Dow Jones bakal ditukarkan susulan syarikat Apple yang mengumumkan bahawa sahamnya akan berpecah empat bagi membuatkan harga satu unit saham Apple berpatutan untuk pelabur. Tiga syarikat yang bakal dikeluarkan dari komponen Dow adalah Exxon Mobil, Pfizer dan Raytheon Technologies, dan bakal digantikan oleh Salesforce, Amgen dan Honeywell.
Penukaran ini akan berkuatkuasa pada 31 Ogos 2020 sebelum loceng pembukaan.
Disebabkan keputusan Apple untuk memecahkan saham mereka, "weighting" Dow Jones keatas sektor teknologi turun dari 27.6% kepada 20.3%. Dengan menambah Salesforce ke dalam indeks tersebut, "weighting" untuk sektor teknologi di Dow akan naik ke 23.1%. Dow Jones menggunakan sistem "price-weighted" untuk mengira indeksnya, ini bermaksud saham dengan harga tinggi akan dapat lebih banyak "weighting" di Dow.
Saham Apple telah melonjak lebih 70% pada tahun ini dan juga menjadi syarikat pertama di A.S yang mencapai permodalan pasaran 2 trilion dollar A.S (8.34 trilion ringgit) serta menyumbang lebih daripada 1,400 mata pada Dow pada tahun ini. Tanpa lonjak daripada Apple, Dow akan mengalami masa yang lebih sukar untuk mengejar dengan indeks S&P 500 dan indeks teknologi, NASDAQ, yang masing-masing susah mencapai paras tertinggi.
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) Pippa Stevens. "Salesforce, Amgen and Honeywell added to Dow in major shake-up to the average" — CNBC, 24 Ogos 2020
- (Inggeris) Todd Haselton. "Apple announces 4-for-1 stock split" — CNBC, 30 Julai 2020