Jump to content

Wn/ms/Kebakaran di Pasar Chatuchak, 1,000 haiwan dipercayai mati

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Kebakaran di Pasar Chatuchak, 1,000 haiwan dipercayai mati

12 Jun 2024 (Rabu)

BANGKOK - Sebuah kebakaran berlaku dekat Chatuchak telah menyebabkan kira-kira 1,000 haiwan mati terbakar, termasuklah haiwan eksotik, peliharaan dan reptilia. Insiden itu berlaku awal pagi Selasa, menurut pihak berkuasa sana.

Antara ikan hiasan yang dijual di Pasar Minggu Chatuchak.
Imej: Jarcje.

Pejabat Daerah Chatuchak melaporkan kebakaran dipercayai tercetus pukul 4:10 pagi waktu tempatan di Pasar Sri Somrat, di mana terdapat 118 buah kedai menjual haiwan peliharaan ditempatkan dalam kawasan berkeluasan 1,400 meter per segi. Kebakaran telah menyebabkan kemusnahan terhadap kesemua kedai itu sebelum api berjaya dipadamkan kira-kira 30 minit kemudian.

Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt berkata antara haiwan yang hangus terbakar termasuklah haiwan peliharaan seperti anjing, kucing, labah-labah, burung, ular eksotik dan ikan laga jenis Siam. Dianggarkan semua spesis haiwan eksotik itu mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

Pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kebakaran itu, namun siasatan awal mendapati kebakaran adalah berpunca daripada litar pintas. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pejabat Pentadbiran Metropolitan Bangkok telah menubuhkan pasukan lapangan bagi mendapatkan maklumat terperinci daripada pemilik kedai yang terlibat. Tambah Sittipunt, orang ramai boleh membantu pemilik kedai yang terkesan dengan menawarkan tempat perlindungan bagi haiwan-haiwan yang terselamat dalam insiden itu.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog