Jump to content

Wn/ms/Jepun kenakan larangan ke atas kandungan panduan cipta senjata api atas talian

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Jepun kenakan larangan ke atas kandungan panduan cipta senjata api atas talian

8 Jun 2024 (Sabtu)

Pada Jumaat, Parlimen Jepun telah menggubal undang-undang berkaitan dengan kawalan pedang dan senjata api di mana menjadi satu kesalahan sekiranya terdapat sebarang tindakan atau usaha dalam memberi penjelasan terhadap penggunaan atau penciptaan senjata api atas talian atau galakkan memiliki senjata api secara tidak sah dan ianya boleh dihukum.

Shinzo Abe dilaporkan maut terkena tembakan.
Imej: Takashi Saito.

Rang undang-undang itu telah diluluskan di peringkat Dewan Kaunselor Jepun iaitu tahap tertinggi dalam badan perundangan Diet Jepun. Pada April rang undang-undang tersebut telah diluluskan di peringkat Dewan Perwakilan Jepun.

Di bawah undang-undang yang telah digubal itu, larangan dikenakan ke atas kelakuan menggalakkan atau menghasut bagi tujuan pemilikan senjata api secara haram, termasuklah melalui kaedah atas talian. Menjadi kesalahan sekiranya melakukan perbuatan tersebut dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum sebanyak 300,000 yen. Undang-undang itu akan mula dikuat kuasakan bermula Julai.

Jepun kini memperhalusi setiap peraturan berkaitan senjata api buatan sendiri selepas insiden tembakan ke atas bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang berlaku pada 2022 berlaku di mana suspek dipercayai menggunakan senjata api yang dicipta sendiri hasil bantuan dari atas talian.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog