Jump to content

Wn/ms/Insiden tembakan di Ohio, seorang maut manakala 24 cedera

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Insiden tembakan di Ohio, seorang maut manakala 24 cedera

4 Jun 2024 (Selasa)

Rencana ini merupakan rencana terjemahan.
Sila lihat rencana asal di Wikiberita bahasa Inggeris dengan tajuk "Akron, Ohio shooting leaves 1 person dead, 25 people hurt at birthday party" dibawah Perlesenan Creative Commons Attribution 2.5.


Awal pagi Ahad berlakunya insiden tembakan di Akron, Ohio yang menyebabkan seorang maut dan 24 lagi cedera. Kelongsong peluru serta dua pistol dijumpai di tempat kejadian, kata polis. Sebelum itu, pihak polis menerima banyak panggilan kecemasan mengenai insiden itu, yang berlaku semasa parti hari jadi sejurus selepas tengah malam

Menurut polis lagi, lebih 200 orang dipercayai menghadiri parti itu. Sesetengah orang menyangka tembakan itu sebagai bunyi dari bunga api. Manakala kamera dari pintu rumah kejiranan sempat merakam beberapa bahagian daripada insiden itu.

Seorang yang maut itu dikenal pasti sebagai seorang lelaki berumur 27 tahun, namun identitinya masih dicari. Polis setakat ini belum mengeluarkan kenyataan mengenai punca kejadian, dan menyediakan ganjaran sebanyak US$22,500 kepada orang ramai yang memiliki maklumat kejadian tersebut.


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog