Jump to content

Wn/ms/Hospital Pasir Gudang dijangka siap Mac 2025, bakal beroperasi bulan berikutnya

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Hospital Pasir Gudang dijangka siap Mac 2025, bakal beroperasi bulan berikutnya

14 Jun 2024 (Jumaat)

JOHOR BAHRU - Projek pembinaan Hospital Pasir Gudang dekat Masai, Johor kini telah mencapai 83.55 peratus siap dan dijangka akan siap sepenuhnya Mac 2025. Demikian menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan semasa beliau melakukan tinjauan kemajuan projek itu semalam.

Katanya, kemajuan projek itu mendahului sebanyak 60 hari berbanding jadual asal. "Pada ketika pandemik Covid-19, mereka boleh meneruskan projek dengan keperluan tertentu. Paling penting ialah kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang memberi kebenaran melakukan pembangunan dan pembentukkan panel IBS di tapak projek."

Bangunan hospital baharu itu terdiri daripada lapan bilik bedah, farmasi pandu lalu, 16 bilik bersalin, kuarters jururawat dan 1000 parkir kenderaan. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah rawatan pesakit luar dan pusat rawatan harian, dialisis dan wad pesakit yang mengandungi 304 buah katil.

Ahmad berkata, hospital itu berjarak 19 kilometer dari Hospital Sultanah Aminah dan 12 kilometer dari Hospital Sultan Ismail dijangka akan mengurangkan kesesakan di kedua-dua hospital itu, selain mampu memenuhi keperluan kira-kira dua juta penduduk sekitar.

Untuk rekod, projek Hospital Pasir Gudang telah diluluskan menerusi Belanjawan 2016 dan majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor ketika itu, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada 2018. Namun, projek itu dilaporkan tergendala sebelum ia dimulakan kembali tahun 2020.

Projek itu menelan kos sebanyak RM376.32 juta dan berkeluasan 50 ekar.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog