Wn/ms/Gunung Lewotobi meletus, 9 maut
Appearance
4 November 2024 (Isnin)
Flores - Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur, meletus pada malam 3 November, menyebabkan kematian sekurang-kurangnya sembilan orang. Pihak berkuasa terpaksa memindahkan penduduk di beberapa perkampungan berhampiran.
Letusan itu berlaku pada 11.57 malam waktu tempatan, memuntahkan lahar, abu gunung berapi dan batuan panas ke udara, kata Hadi Wijaya, jurucakap Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), pada Isnin.
Sebagai tindak balas awal keselamatan, status gunung berapi itu telah dinaikkan ke tahap IV iaitu tahap amaran tertinggi. Manakala kawasan beradius tujuh kilometer mesti dikosongkan demi keselamatan.
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) "Indonesia's Mount Lewotobi Laki-Laki volcano erupts, killing 9 people" — Reuters, 4 November 2024
- (Melayu) "Gunung Lewotobi di Flores meletus, 9 maut" — Berita Harian SG, 4 November 2024