Jump to content

Wn/ms/Bursa Malaysia ditutup kukuh, didorong saham-saham getah

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Bursa Malaysia ditutup kukuh, didorong saham-saham getah

10 Julai 2020 (Jumaat)


Kuala Lumpur - Bursa Malaysia yang dibuka lemah, seiring pasaran saham serantau pada sesi pembukaan, mencatatkan prestasi yang berlainan apabila indeks utama, FBMKLCI, bertukar positif selepas waktu rehat walaupun pasaran saham serantau mengalami penurunan pada sesi penutupan. Pada jam 5:05 petang, FBMKLCI melonjak 8.59 mata atau 0.54% kepada 1,591.84 mata.

Lonjakan ini susulan saham-saham getah yang mengalami pembelian berterusan.

Suasana pasaran pula berbeza apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 657 kaunter yang rugi berbalas 425 kaunter yang untung. 404 kaunter pula tidak berubah sementara 467 kaunter tidak diniagakan manakala 22 kaunter yang lain digantung. Jumlah dagangan hari ini ialah 8.70 bilion saham bernilai RM5.03 bilion.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog