Jump to content

Wn/ms/Belia Alaska saman kerajaan berkaitan projek saluran paip gas asli

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Belia Alaska saman kerajaan berkaitan projek saluran paip gas asli

23 Mei 2024 (Khamis)

Alaska - Sekumpulan aktivis muda menyaman kerajaan tempatan Alaska dan syarikat Alaska Gasline Development Corporation dalam percubaan untuk menyekat projek pembinaan saluran paip gas Trans-Alaska yang telah lama dirancang. Saman itu dikemukakan atas alasan hak mereka telah dicabul apabila kerajaan memperkenalkan polisi mempromosikan penggunaan bahan api fosil.

Salah satu fasiliti LNG di Alaska.
Imej: USCG Press.

Menerusi pernyataan saman yang dikeluarkan di Mahkamah Tinggi Anchorage , lapan plaintif berhujah bahawa peruntukkan undang-undang ke atas penubuhan syarikat itu adalah bertentangan kerana pembinaan saluran paip gas dipercayai membawa kepada perubahan iklim dan kesan rumah hijau yang akan menjejaskan hak akses kepada sumber perikanan, hidupan liar dan sumber lain di Alaska yang telah terjamin menerusi peruntukkan sedia ada.

Kesemua plaintif itu berusia dari 11 hingga 22 tahun, dan disokong oleh badan Our Children’s Trust, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menyokong tindakan saman oleh individu dan kumpulan berkaitan dengan perubahan iklim di peringkat negeri dan persekutuan.

"Pemuda Alaska adalah barisan yang kehadapan dalam krisis perubahan iklim, dan masa depan mereka bergantung kepada peralihan segera daripada bahan bakar fosil," kata Andrew Welle, seorang peguam Our Children's Trust yang mewakili plaintif melalui kenyataan yang dikeluarkan.

Projek Alaska LNG meliputi pembinaan saluran paip gas terawat di bahagian North Slope, sepanjang 1,287 kilometer (800 batu) yang akan menyalurkan sebanyak 3.3 bilion kaki padu sumber gas setiap hari kepada komuniti Alaska dan seterusnya untuk eksport ke pasaran Asia. Ianya dijangka akan beroperasi pada tahun 2030.

Pernyataan saman itu juga meminta mahkamah menghalang projek Alaska LNG daripada diteruskan, dan mengisytiharkan peruntukkan undang-undang sedia ada ke atas projek itu sebagai tidak sah. Mereka juga meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa hak untuk mengekalkan kelestarian alam juga termaktub dalam sistem perundangan Alaska.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog